Tuesday, 19 March 2013

Cara Melakukan Unit-Unit Gimnastik Asas


1.Hambur Kucing
à Hambur kucing merupakan satu aktiviti gimnastik artistik yang menguji kekuatan otot kaki untuk mendarat dengan betul.
à Pergerakan ini juga melibatkan beberapa pergerakan yang melibatkan lonjakan, dan pendaratan.
ü  Alatan.
Tilam gimnastik, rantaian gelang getah,tiang,pundi kacang, dan peti lombol.
ü  Akitiviti Memanaskan badan.
Terowong Rahsia merupakan permainan kecil yang digunakan sebelum melakukan Hambur  kucing sebagai aktiviti memanas badan.
Cara-cara melakukan pergerakan hambur kucing.
 1.Murid duduk dekam diatas 3 tingkat peti lombol.
 2. Semasa melakukan hambur kucing murid perlu pandang ketika mahu mendarat.
 3. Semasa mendarat tangan perlu dibuka seluas bahu dan fleksi siku dan lutut.
 4.Murid perlu menghambur dari peti lombol ke atas tilam melepasi rantaian gelang getah dan menerkam kea rah pundi kacang.

2. Hambur Rendah Tinggi
àHambur Rendah Tinggi adalah satu pergerakan yang menguji otot kaki yang melibatkan hamstring dan Quadriceps.
àAktiviti mengfokus bagaimana melakukan kemahiran hambur dan mendarat dengan lakuan yang betul.
 
ü  Alatan.
Tilam Gimnastik, Rantaian Gelang Getah, Tiang, Peti Lombol Dan Bola.
ü  Aktiviti Memanaskan Badan.
semua pelajar duduk dekam dan menghambur dan mendarat di atas peti lombol.
Cara Melakukan Hambur Tinggi Rendah.
1. Duduk dekam.                                                                                                                   
2. Menghamburkan dan mendarat ke atas peti lombol.
3. Ulang beberapa kali.
4. Siku difleksi dan memandang ke hadapan semasa mendarat.

Cara – cara yang betul semasa melakukan hambur tinggi rendah
1.    Menghambur dari aras rendah melepasi rantaian gelang getah dan mendarat di tilam yang lebih tinggi.
2.    Ketinggian rantaian gelang getah bersesuaian dengan keupayaan murid
menghambur.
3.    Kedudukan guru di sisi dan selari dengan tilam pendaratan.
4.    Tiang dan rantaian gelang getah boleh diubahsuai dengan alatan lain yang
      bersesuaian.



AKSI BANGKU

àBerkebolehan melakukan pergerakan yang memerlukan kawalan badan dan
sokongan.

Peralatan

àBangku gimnastik, CD lagu KSSR Muzik Tahun 3 Trek 5, Hei Kawan-kawan, pemain
CD, dan tilam.

Cara melakukan
1. Bergerak seperti kapal terbang di atas garisan.
2. Berjalan lima langkah dan jengkit kaki di atas garisan. Ulang beberapa kali.
3. Berjengket di atas garisan. Ulang beberapa kali.



Contoh aksi pergerakan
1. Berjalan tiga langkah dan jengkit di atas bangku.
2. Berlari perlahan di atas bangku dan mendarat di atas tilam dengan hujung kaki.
3. Melakukan berbagai imbangan seperti imbangan lutut, duduk V, imbangan skala,
dan dirian bangau di atas bangku.

Aspek keselamatan
1.    Fokus semasa melakukan aktiviti.
2.    Kawal imbangan dengan mendepangkan tangan.


IMBANGAN KUMPULAN

àBerkebolehan melakukan pergerakan yang memerlukan kawalan badan dan
sokongan.

ASPEK – ASPEK PENTING
1. Melakukan imbangan secara berkumpulan.
2. Membezakan luas tapak sokongan semasa melakukan bentuk-bentuk imbangan
    dalam kumpulan.
3.Bekerjasama semasa melakukan aktiviti fizikal.

PERALATAN
 Hanya memerlukan tilam gimnastik sahaja

 CARA – CARA 1 : (  KUCING LAPAR )
1. Murid dalam kumpulan.
2. Seorang sebagai kucing dan murid lain bergerak dalam barisan sambil menyebut
‘kucing oh kucing, kau suka makan apa”.
3. Apabila kucing menjawab ‘ikan, friskies atau lain-lain..” dan berpusing, murid lain
akan berhenti bergerak dan membuat imbangan statik.
4. Ulang sehingga kucing menjawab ‘tikus’ dan kucing akan mengejar dan mencuit
murid lain.
5.Murid yang kena cuit bertukar peranan sebagai kucing.

ASPEK KESELAMATAN
àMurid bebas membuat imbangan mengikut pilihan sendiri yang melibatkan pelbagai
tapak sokongan dan aras.
àElakkan dari berlanggar sesama sendiri.


CARA – CARA 2 : (IMBANGAN BERSAMA - SAMA )

1. Murid berpasangan.
2. Melakukan imbangan berpasangan dengan pelbagai tapak sokongan.
3. Ulang dengan melakukan imbangan bertiga dan kumpulan kecil.
ASPEK KESELAMATAN
è Badan penyokong dilengkungkan ke atas (banana shape).


BERGAYUT

àBerkebolehan melakukan kemahiran gayut dan ayun dengan lakuan yang betul.

ASPEK ASPEK PENTING
1. Bergayut pada palang dengan kedua-dua belah tangan menggunakan genggaman
atas pada posisi badan lurus.
2. Bergayut pada palang dengan kedua-dua belah tangan lurus menggunakan
genggaman atas yang statik dan lutut difleksikan.
3. Mengenal pasti posisi bergayut dengan genggaman atas.
4. Mematuhi peraturan keselamatan di tempat melakukan aktiviti.
5.Menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti.

PERALATAN
àBatang kayu, palang gayut, tali, bola, tilam, dan marker.

CARA – CARA 1 : (TIMBANG GARAM )

1. Murid berpasangan yang sama saiz dan ketinggian.
2. Murid membelakangkan rakan sambil menggenggam atas pada bahagian kayu
menggunakan kedua-dua belah tangan.
3. Seorang mengangkat rakan dan mengimbang ketika rakan berada di atas belakang
badan.
4.Ulang beberapa kali dan tukar peranan.
5.Tangan yang memegang batang kayu dibuka seluas bahu.
6.Murid yang mengangkat rakan berdiri dengan lutut difleksi dan kaki dibuka seluas
bahu.
7.Punggung murid yang menjadi beban berada di atas bahagian pinggang rakan
dengan kaki lurus ke bawah.

CARA – CARA 2 : ( GAYUT KAKI LURUS )

1. Bergayut menggunakan genggaman atas dan badan lurus.
2. Ayun ke depan dan ke belakang beberapa kali dan mendarat di atas tilam.
3.Tangan dibuka seluas bahu, badan lurus semasa bergayut, dan
kaki rapat.
4.Jarak antara kaki dengan tilam tidak melebihi 0.5 m
5.Guru berada di sisi murid yang sedang bergayut untuk menyokong.




GULINGAN BELAKANG
àBerkebolehan melakukan kemahiran guling belakang dengan lakuan yang betul.

ASPEK – ASPEK PENTING
1. Melakukan guling belakang.
2. Mengenal pasti kedudukan badan semasa melakukan guling belakang.
3. Menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti.

PERALATAN
àPapan anjal, pundi kacang, dan tilam gimnastik.


CARA – CARA 1 : ( BUAI DAKU )

1. Murid berpasangan.
2. Murid A dalam kedudukan dakap dan murid B membantu mengayun murid A ke
depan dan ke belakang.
3.Ulang beberapa kali dan tukar peranan.
4.Lutut dan dagu rapat ke dada.


CARA – CARA 2 : ( GULING BELAKANG DARI ARAS TINGGI )

1. Melakukan guling belakang di atas papan anjal yang beralaskan tilam gimnastik.
2. Ulang beberapa kali.

Guling belakang
àBawa tangan ke telinga sambil fleksi lutut.
àRendahkan badan ke posisi mencangkung dan rebahkan badan ke belakang.
àGuling ke belakang dengan dagu sentuh dada.
àLetakkan tapak tangan di atas lantai dengan jari tangan menghala ke arah
    bahu.
àAngkat pinggul dan tolak tangan.
àLuruskan tangan dan pindahkan berat badan dari kepala dan leher.
àApabila kaki menyentuh lantai, luruskan kaki, dan berdiri.


CARA – CARA 3 : ( GULING BELAKANG ATAS TILAM )

1. Berdiri tegak di atas tilam.
2. Mencangkung dan melakukan guling belakang di atas tilam.
3. Ulang beberapa kali.





Kedudukan guru sebagai penyokong
àMenyokong pada belakang paha dan pangkal leher belakang.
àJangan menolak pelaku.
àTegaskan postur yang betul

No comments:

Post a Comment