Monday, 18 February 2013

GIMNASTIK ASAS



GIMNASTIK
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN GIMNASTIK
Gimnastik berkembang sejak 2000 tahun dahulu dan orang – orang cina telah menggunakan gimnastik sebagaisenaman beramai – ramai bagi tujuan upacara keagamaan . Orangorang Greek menamakan pengerakan ini Gymnastics dan tempat melakukan senaman inis ecara beramai – ramai dikenali  gymnasium .
Aristotle seorang ahli falasafah berbangsa Greek berkata gimnastik tidak hanya sebagai seni , malahan salah satu bidang ilmu sains iaitu sains kemasyrakatan  . Ahli perubatan Hippocrates, Gelen telah mencipta gerak kerja yang berpengetahuan dan nilai – nilai yang tinggi dan masih digunakan sehingga sekarang .
Gymnastics for Youth oleh Guths Muth dalam tahun 1759 hingga 1839 dan tersebar ke seluruh Eropah . Pehr Ling dan Johan Ludwig Jahn merupakkan penggerak utama dalam gimnastik , malahan menyediakan asas pengerakkan dalam Pendidkan Jasmani .
Sejak tahun 1940 Rusia , Jepun , Czechoslovakia dan JermanTimur telah menguasai keseluruhan acara gimnastik yang dipertandingkan . Boris Shakhlin  dan Larissa Latynina merupakan ahll gimnastik lelaki dan perempuan yang memenangi pingat emas di Olimpik pertama pada taun 1956 .



KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH(KSSR) PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 3.
Gimnastik asas merupakan satu modul kemahiran yang terdapat dalam KSSR Tahun 3 YANG melibatkan 6 unit antaranya ialah
  •  Hambur Kucing, 
  • Hambur Rendah Tinggi, 
  • Aksi Bangku,
  •  Imbangan Kumpulan,
  •  Bergayut dan
  • Guling Belakang.